Pages

Showing posts with label Malaysian Food. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Food. Show all posts

Friday, June 5, 2015

Pulut Mangga Bersantan.



Pulut Mangga yang paling mudah dan ringkas. Pulut mangga adalah salah satu dessert orang Thailand yang popular. Mangga ranum dimakan dengan pulut dan santan sungguh menyelerakan.

Bahan-bahannya

1 biji mangga ranum
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 sudu besar minyak masak (tak letak pun boleh)
1 helai daun pandan
sedikit garam

Sos santan
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu tepung jagung
1 sudu besar tepung beras ( tepung dicampur sedikit dengan air)
sedikit garam

Cara-caranya

Didalam rice cooker, masukkan beras pulut yang telah dibasuh, kemudian masukkan 2 cawan santan , 1 sudu minyak masak dan sedikit garam,ikat sehelai daun pandan ,tekan ON n biarkan sehingga masak.atau pun boleh mengukus beras pulut bersama 2 cawan santan dan garam selama 20-25 minit sehingga pulut lembut dan masak.

Kemudian buat sos santan pula, masukkan santan, bacuhan tepung beras, tepung jagung, garam dan gula, kacau sehingga santan pekat, angkat dan sejukkan.
kupas kulit mangga dan hiris kan mangga bentuk memanjang atau dadu mengikut selera masing2.

Cara penyediaan, masukkan pulut yang telah dimasak di dalam acuan atau pun boleh juga disenduk sahaja atas piring hidang, kemudian atur mangga di tepinya, akhir sekali curah sos santan, nikmati pulut mangga ini sebagai pencuci mulut. Selamat Mencuba

Thursday, June 4, 2015

LALA PEDAS

Bahan-bahan :

1/2 kilo lala (dibersihkan)
1 sudu besar cili giling
5 biji cili api (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 helai daun limau purut
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit daun bawang / daun sup(dihiris)
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara-cara :

Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut. Kacau sebati.
Masukkan lala dan sedikit air.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
Hidangkan setelah masak.

LALA TOMYAM


Bahan-bahan

Sekilo lala (basuh dan toskan)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit halia
1 sudu besar cili giling
sekeping asam gelugur
2 batang serai
1 biji tomato (dipotong 4)
3 helai daun limau purut
Gula/perasa dan garam
daun ketumbar dan daun bawang (hiasan)

Cara-cara
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dalam minyak yang panas dan biar seketika.
2. Masukkan cili giling dan biar naik bau kemudian masukkan daun limau purut dan serai dan asam keping tadi.Kacau seketika dan seterusnya masukkan air , tomato dan juga lala yang telah ditoskan. Masukan bahan perasa dan sedikit garam.Biar mendidih dan kulit lala terbuka(jangan dikacau sangat..isinya mudah terkeluar)

ROTI JALA



Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar ( air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning atau kunyit dan pewarna biru

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati dan tapis. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari daging atau kari ayam..Selamat mencuba.

Sunday, April 19, 2015

Puding Roti Caramel



Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
3 atau 4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil .

Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang.

Ketepikan.Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam)

Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Tuesday, April 14, 2015

Cup Kek Pisang Kukus


Bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan minyak olive oil
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikabonat
2 biji telur
1 sudu teh cinnamon atau esen vanilla
4 biji pisang berangan or 11 biji pisang emas
chocolate
kacang

Cara-caranya

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali chocolate dan kacang.Gaul kan supaya rata. Masukkan dalam paper cup.
Kukus selama 10-15 minit. Siap untuk di hidangkan bersama chocolate dan kacang atau makan begitu saja.

Wednesday, December 10, 2014

Cucur Jagung Dan Kuah Kacang



Bahan-bahan Cucur Jagung

1 cawan isi jagung
200 gram tepung gandum
200ml air (lebih kurang)
1 biji telur
1 biji bawang besar ( dihiris)
setengah cawan daun kucai
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit udang kering
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Campurkan tepung, jagung, bawang besar, telur, udang, kucai, serbuk kunyit , garam dan air. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. Panaskan minyak penuh kedalam kuali. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Potong dan hidangkan kedalam pinggan.

Bahan-bahan Kuah Kacang

1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulit dan mesin separuh sampai hancur dan separuh kasar
10-15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
Setengah cawan air asam jawa
Air putih secukupnya
Garam dan gula

Cara-caranya

Basuh cili kering , bawang (dengan kulit) kemudian goreng tanpa minyak dengan belacan. Kisar dengan sedikit air sampai halus. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Biarkan sekejap Tuangkan pula kacang tanah yang telah dikisar halus. sekiranya kuah agak pekat, bolehlah tambah air putih tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Apabila kuah mendidih dan masak dengan elok, masukkan kacang yang mesin kasar, tutupkan api. Bolehlah dicicah dengan cucur jagung tadi.

Wednesday, December 3, 2014

Bubur Jagung Labu



Bahan-bahan

5 tongkol jagung atau 2 tin jagung
Satu mangkuk santan kelapa
1/4 labu kuning
Segenggam biji sagu (rendam sekejap)
1 cawan gula (ikut manis yg disukai)
sedikit garam

Cara-caranya

Parut/Hiris jagung semua dan masukkan kedlm periuk.
Masukkan santan dan gula dalam bekas corning ware(periuk), kacau perlahan hingga mendidih. Lepas tu letak garam secubit, rasa lemak masin manisnya. Jika jagung dah masak, masukan pula labu dan biji sagu yg direndam tadi. Bila labu dah empuk boleh ditutup apinya.Siap utk dihidang, sesuai dimakan semasa suam atau sejuk.

Tuesday, November 25, 2014

ROTI BOOM



Bahan-bahan

1 kg tepung
2 1/2 cawan air (anggaran)
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar garam

Cara-Cara

Sediakan bekas masukkan air, gula, susu, garam, telur dan majerin kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan air ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh. Uli selama 20 minit dan rehatkan doh. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sehingga habis dan sapukan tiap-tiap doh dengan majerin. Perap doh dalam beberapa jam atau semalaman dan bolehlah ditebar. Ambil doh dan penyekkan besar dan rehatkan selama 10 minit. Kemudian barulah ditebar di atas dulang sehingga nipis. Panaskan kuali leper bubuh minyak sedikit, letak roti boom dan balikkan. Apabila sudah masak angkat dan bolehlah dihidang bersama kuah kari, kuah dhal dan sebagainya.

Saturday, November 22, 2014

Bebola Donut Kentang



Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum (diayak)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu tepung
1 cawan air suam
sedikit garam
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin (dicairkan)
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-caranya
Masukkan semua bahan tepung gandum, margerin, gula, garam,susu tepung, susu pekat manis , yis bersama air , telur dan juga kentang lenyek tadi kedalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut, 
sekiranya terlalu melekit tambahkan lagi sedikit tepung. Uli selama 8 hingga 10 minit. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 1.atau 2 jam. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda bulat-bulat. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan salut dengan icing sugar. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, November 20, 2014

Ketam Masak Cili Telur




Bahan-bahan
1 kg ketam

Bahan Kisar
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Bahan Dihiris
1 biji besar bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia (dimayang)

Lain2 Bahan
3 sudu besar butter
1 batang daun kari
2 batang serai
1 biji tomato- potong dadu
3 sudu besar Sos Cili Thai
4 sudu besar Sos Tiram
Air (rebusan ketam) secukupnya
2 biji telur dipukul sedikit
Gula dan garam secukupnya
Daun ketumbar atau hirisan kobis (hiasan)

Cara-caranya
Basuh ketam dan ketuk sikit bahagian sepitnya. Kukus atau rebus ketam dalam 5 minit atau sampai ketam bertukar warna. Panaskan kuali kemudian cairkan butter.
Tumis bahan hiris dan daun kari sampai naik bau. Kemudian baru tumis bahan kisar dan serai sehingga cili masak. Masukkan tomato, sos tiram , sos cili thai. Tambah air, garam dan gula secukupnya, biarkan mendidih sebentar. Masukkan ketam yg dah dikukus dan gaul rata tapi perlahan-lahan. Masukkan telur yg dipukul sedikit dan curah keliling atas ketam.Gaul rata dengan perlahan dan apabila nampak kuah menjadi pekat seperti yg dikehendaki bolehlah matikan api. Akhir sekali tabur daun ketumbar atau hirisan kobis apabila menghidang.

Tuesday, November 18, 2014

Bihun Goreng Singapore


Bahan-bahan

1 paket bihun - direndam
2 ketul dada ayam- dipotong kecil
10 ekor udang- dibuang kulit
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang lobak merah- dihiris memanjang
Kobis atau bunga kobis
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
gula dan garam secukup rasa

Hiasan
1 biji telur- pukul telur dgn lada putih dan garam , digoreng dan hiris.
1 tangkai daun bawang- dihiris
4 cili api - dihiris halus
1 cili merah- dihiris

Cara-cara

Bihun direndam, Biarkan sehingga lembut dan ditoskan.
Kisar bawang putih dan bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan juga udang, biar sehingga masak. Masukkan perasa lada putih, lada hitam, sos tiram, gula dan garam. Kemudian masukkan bihun yang ditoskan tadi dan kacau sehingga rata. Masukkan lobak merah yang dihiris nipis bersama dengan bunga kobis tadi. Kacau sehingga masak. Taburkan hirisan telur dadar keatas bihun bersama2 dengan daun bawang dan cili.

Sunday, November 16, 2014

Ikan Keli Sambal


Bahan-bahan

5-6 ekor Ikan Keli yang telah disiang
200 gram tepung gandum
2 sudu besar asam jawa
10 sudu minyak masak
2 sudu besar serbuk kunyit
300 gram cili kering
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia
1 batang serai. diketuk
3 biji air limau nipis
garam dan gula secukup rasa
Daun bawang, hiris halus

Cara Penyediaan
Ikan keli di salutkan dengan tepung gandum atau asam jawa untuk menghilangkan lendir. Bilas dengan air paip. Lumurkan ikan keli dengan kunyit dan garam..Masukkan minyak kedalam kuali, setelah minyak panas Masukkan ikan keli dan goreng sehingga keemasan dan asingkan. Kisarkan bawang putih, bawang besar, halia, belacan, air limau nipis dan cili kering.. Masukkan minyak, setelah panas masukkan cili yang telah dikisar dan batang serai.Setelah sambal kelihatan terbit minyaknya , masukkan garam dan gula secukup rasa ,Kemudian tuangkan sambal tadi keatas ikan keli yang sudah digoreng tadi. Tabur daun bawang. Sedia untuk di hidang dan selamat menjamu selera.

Wednesday, February 26, 2014

Cucur Jagung


Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking soda
1 cawan isi udang
3/4 cawan bawang besar, dihiris nipis
1 biji cili merah ,cincang
1 cawan daun kucai ,dipotong
1 biji telur
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil gula
2 cawan air
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas dan gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak dan kekuningan. Angkat dan toskan dan boleh dihidangkan dengan sos dan mayonnaise atau sos kegemaran anda. Selamat mencuba.

Sunday, January 26, 2014

Bubur Pulut Hitam


Bahan-bahannya

1 cawan beras pulut hitam ~ direndam
6 cawan air
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah
secubit garam
3/4 cawan santan
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan pekat (ketika makan)

Cara-caranya

Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).Masukkan gula pasir, gula merah dan secubit garam. Masak hingga gula hancur.Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi. Padamkan api.
Biarkan bubur suam2 sedikit, kemudian isikan ke dalam mangkuk hidangan.Boleh dihidang dengan memasukkan sedikit santan pekat yang telah dicampur dengan sedikit garam. Sedia utk dinikmati.

Wednesday, January 22, 2014

Tauhu Sumbat dengan Sos Cili Berkacang



Resepi Tauhu Sumbat

6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang )
100 g taugeh – di celur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
Tauhu di potong 2 serong, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi. Hidangkan dengan sos cili berkacang.

Resepi Sos Cili berkacang

2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk
2-3 sudu makan cuka

Cara Penyediaan

Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dam masak hingga pekat sedikit,
Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.

Monday, January 13, 2014

Ikan Siakap Tiga Rasa



Bahan-bahannya.
Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Perasa
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi -
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
1 tin kiub nenas
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk perasa. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nenas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam dan gula.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup dan daun bawang.

Sunday, December 15, 2013

Rendang Kerang Pucuk Paku


Bahan-bahan

Bahan A:
2 ikat (420 gm) pucuk paku tanpa tangkai, cuci dan toskan
2kg kerang (direbus dan di keluarkan isinya)
2 sudu besar kerisik

Bahan B:
2 cawan santan kotak - kalau guna santan segar lebih sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, lagi pekat kuahnya
3 batang serai, dititik
½ sudu teh kunyit serbuk - jika guna kunyit hidup, kisar sekali dengan Bahan C
2 sudu teh garam – ikut selera
2 ikat daun kunyit - di hiris halus
2 helai daun limau purut

Bahan C:
6-7 ulas (100 gm) bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci halia
1 genggam (50 gm)  cilipadi

Cara-cara


Tumbuk/Kisar C.
Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam(sesedap rasa).Masukkan kerisik, kerang & pucuk paku dan masak hingga kering atau biarkan berkuah sedikit (ikut selera) dan dikacau selalu.Bila siap, hidangkan bersama nasi panas.

Friday, December 13, 2013

Bihun Goreng



Bahan-bahan

1 bungkus bihun (direndam sekejap dalam air sejuk)
1 biji bawang besar, di tumbuk
3 ulas bawang putih, di tumbuk
2 sudu kecil udang kering, di tumbuk
2 biji telur, dipukul
1 sudu besar cili boh
1 ikat sayur sawi (dipotong)
1 biji tomato(dipotong kecil)
10 ekor udang ( boleh diganti sotong atau daging)
1 mangkok ayam (dipotong kecil)
sedikit sos cili, sos tiram dan kicap(manis dan masin)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Bahan hiasan- cili merah,daun sup dan daun bawang (dihiris halus) dan
telur dadar (dihiris halus)

Cara-caranya

Tumiskan bawang dan cili boh dalam kuali, masukan udang kering, kemudian masukan udang basah dan ayam, goreng dlm 5 minit dan tambahkan sedikit air. Masukan pula sos cili, sos tiram, tomato dan kicap. Masukan telur, garam dan gula, rasakan masakan anda dan kacau hingga bahan tumis naik minyak barulah dimasukkan bihun. Gaul hingga sebati dengan bahan tumis tadi. Akhirnya barulah dimasukan sawi dan tomato. Siap untuk dihidangkan dan bolehlah di hias dengan bahan hiasan .

Saturday, November 30, 2013

Nasi Goreng Ikan Masin



Bahan-bahan

Nasi secukupnya
1/2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih -di ketuk
8 biji cili padi - diketuk
1 cawan kacang panjang - dihiris
3 keping ikan tenggiri masin- dipotong kecil2
1 sudu besar perasa
1/2 bji cili hijau bengala (dipotong dadu)
1/2 biji cili merah bengala(dipotong dadu)
1 sudu besar sos ikan
2 biji telur
Sedikit minyak
sedikit garam

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis ikan masin, Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos ikan. Masukkan kacang panjang, cili bengala, pecahkan telur dan kacau hingga rata. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh tambah dan letak serbuk perasa dan garam sikit kalau belum masin. Nasi goreng ikan masin sedap dimakan bersama keropok, timun dan juga telur goreng.