Pages

Wednesday, December 10, 2014

Cucur Jagung Dan Kuah Kacang



Bahan-bahan Cucur Jagung

1 cawan isi jagung
200 gram tepung gandum
200ml air (lebih kurang)
1 biji telur
1 biji bawang besar ( dihiris)
setengah cawan daun kucai
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit udang kering
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Campurkan tepung, jagung, bawang besar, telur, udang, kucai, serbuk kunyit , garam dan air. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. Panaskan minyak penuh kedalam kuali. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Potong dan hidangkan kedalam pinggan.

Bahan-bahan Kuah Kacang

1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulit dan mesin separuh sampai hancur dan separuh kasar
10-15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
Setengah cawan air asam jawa
Air putih secukupnya
Garam dan gula

Cara-caranya

Basuh cili kering , bawang (dengan kulit) kemudian goreng tanpa minyak dengan belacan. Kisar dengan sedikit air sampai halus. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Biarkan sekejap Tuangkan pula kacang tanah yang telah dikisar halus. sekiranya kuah agak pekat, bolehlah tambah air putih tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Apabila kuah mendidih dan masak dengan elok, masukkan kacang yang mesin kasar, tutupkan api. Bolehlah dicicah dengan cucur jagung tadi.

No comments:

Post a Comment