Pages

Saturday, November 22, 2014

Bebola Donut Kentang



Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum (diayak)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu tepung
1 cawan air suam
sedikit garam
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin (dicairkan)
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-caranya
Masukkan semua bahan tepung gandum, margerin, gula, garam,susu tepung, susu pekat manis , yis bersama air , telur dan juga kentang lenyek tadi kedalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut, 
sekiranya terlalu melekit tambahkan lagi sedikit tepung. Uli selama 8 hingga 10 minit. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 1.atau 2 jam. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda bulat-bulat. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan salut dengan icing sugar. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment