Pages

Friday, November 8, 2013

SUP TULANG RUSUK


Bahan-bahan:

1 kg tulang rusuk lembu
3 biji bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih – dimayang halus
2 in halia
1 rempah sup bunjut
1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
4 biji ubi kentang, dipotong 4
10 batang lobak merah (baby carrots)
garam secukup rasa
1 batang celery , dihiris
1 kiub pati ayam
3 biji cili padi, diketuk
1 biji tomato
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara :

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang dan lobak merah. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.Masukkan tomato dan cili padi.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

No comments:

Post a Comment