Pages

Sunday, June 26, 2011

Cucur Udang dan Kuah Kacang


Bahan-bahan Cucur Udang

Udang basah (15 ekor dibuang kulit)
100 gram tepung gandum
125 ml - 130 ml air
1 biji telur
1 biji bawang besar ( dihiris)
daun kucai
sedikit taugeh
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam

Cara2:

Campurkan tepung, bawang besar, telur, udang, kucai, taugeh, serbuk kunyit , garam dan air. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan minyak penuh kedalam kuali. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Potong dan hidangkan kedalam pinggan.

Bahan-bahan Kuah Kacang

3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk cili kisar
3 batang serai (diketuk)
1 packet santan
Gula Melaka
Gula
Garam
1 kg Kacang tanah
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan yang dikisar ke dalam periuk. Untuk menumis, guna 3-4 sudu minyak masak.
  3. Masukkan cili kisar dan santan ke dalam periuk. Kacau hingga sekata.
  4. Goreng kacang tanah di atas kuali (tanpa minyak). Selepas masak, separuh daripadanya dikisar sehingga hancur dan separuh lagi dibiarkan separa hancur.
  5. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan gula Melaka ke dalam periuk.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Bila hampir masak, masukkan pula serai ke dalam periuk.
  8. Siap untuk dimakan bersama-sama dengan cucur udang.

No comments:

Post a Comment