Pages

Friday, August 19, 2011

Mee Bandung Muar


Bahan -bahan

  • 500 gram mee kuning
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 50 gram udang kering, direndam dan ditumbuk halus
  • 100 gram udang biasa
  • 200 gram tulang lembu, direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah
  • 100 gram sawi , dipotong
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis


  1. Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
  3. Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
  5. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.
Hidangkan ketika masih panas dan elakkan masukkan mee kuning ke dalam kuah secara terus bagi mengelakkan mee tadi kembang. Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment