Bahan bahan
- 2 cawan beras Basmati
- 500 gm ayam , dipotong
- 1/2 cawan yogurt
- 1/2 cawan susu
- 3 biji bawang, dikisar
- 1 inci halia, dikisar
- 5 ulas bawang putih, dikisar
- 1/2 cawan tomato puri
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk jintan
- 2 sudu kecil serbuk masala
- 300 gm serbuk buah pelaga
- secubit saffron
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu besar daun ketumbar
- 7 sudu kecil minyak ghee
- garam secukup rasa
1. Campurkan tomato puri, yogurt, pes halia, pes bawang putih, serbuk cili , serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk masala dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Perapkan ayam dengan bahan tadi dan ketepikan selama tiga ke empat jam.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga keemasan dan naik bau.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan masak untuk 10 minit.
5. Tambahkan empat cawan air ke dalam beras. Kemudian campurkan saffron dan susu.
6. Campurkan serbuk buah pelaga dan ayam.
7. Masak nasi pada tekanan suhu tinggi dan kacau.
8. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan.
( Enak di makan bersama dengan Acar, popperdom dan juga kari ayam . Sekiranya inginkan nasi briyani gam yang mudah di masak boleh di beli rempah briyani Shan)
No comments:
Post a Comment