Pages

Friday, July 15, 2011

Kacang Panjang Almond


Bahan-bahan

  • 1 ikat kacang panjang, di potong 2 inci panjang
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan kacang Almond
  • 1/3 sudu kecil nutmeg
  • 1/4 sudu kecil lada sulah
  • 1/4 sudu kecil lada hitam
Basuh kacang panjang dan potong dalam anggaran 2 inci. Panaskan air didalam periuk. Apabila mengelegak masukkan kacang panjang dan garam selama 3 minit. Angkat, toskan dan letakkan ke dalam pinggan. Campurkan butter, almond, nutmeg, lada sulah, dan lada hitam. Tuangkan ke atas kacang panjang tadi. Masukkan kedalam microwave oven selama 1 minit lagi.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment