Pages

Thursday, February 17, 2011

Kueh Teow Ladna


Bahan - Bahan

Kueh Teow
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dihiris)
i ulas bawang merah (dihiris)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak
2 sudu kecil perasa knor
dada ayam (dipotong kecil)
1 lobak merah
2 sudu besar tepung jagung (dicampur sedikit air)
sawi
air ( mengikut keperluan)
2 biji telur (di pukul )
garam secukup rasa
cili api (jika suka pedas)

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih yang dicincang ke dalam minyak dan goreng sehingga kuning, Masukkan kueh teow dan juga kicap manis. Kacau sehingga rata. Angkat dan letak di dalam bekas dan di ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bawang putih , bawang merah dan goreng sehingga garing. Masukkan ayam yang dipotong kecil. Bila ayam dah masak masukkan perasa ayam knor, air mengikut keperluan, dan lobak merah. Bila dah mendidih masukkan sawi , air tepung jagung , telur dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.

Setelah kuah mendidih, tutup api dan bolehlah dihilang bersama kueh teow.

Kueh Teow Ladna boleh dihidang bersama hirisan cili api dan kicap.

Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment