Pages

Sunday, November 10, 2013

Ikan Terubuk Bakar Dan Air Assam



Bahan Ikan Bakar:-
1/2 ekor ikan terubuk
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit


Cara:-
1. Buang isi perut ikan dan bersihkan. Sisik ikan jangan dibuang supaya memudahkan pembakaran.
2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
3. Balut ikan dengan daun kunyit dan aluminium foil.
4. Panggang hingga masak.

AIR ASSAM

3 batang cili merah , dihiris
6 tangkai cili api, dihiris
Sedikit belacan bakar, dikisar
1 labu bawang besar ,di hiris
2 biji tomato, didadu
250 gm asam jawa, diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ,ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya
Masukkan bahan hirisan ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam, masukkan bawang hiris dan tomato,
Gaul rata, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

No comments:

Post a Comment