Pages

Wednesday, September 28, 2011

Nasi Ayam


Bahan-bahan

Sup Ayam(direbus)
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 sudu besar perasa knor
  • sedikit garam
Untuk Sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 biji ubi kentang, dipotong 4
  • garam
  • daun sup dan daun bawang yang dihiris.

Untuk Perap Ayam
  • Ayam yang direbus
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar madu
Untuk Sos Kicap
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil madu

Untuk nasi
  • 5 cawan beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia, ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih , ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi secukupnya
  • sedikit garam.
Bahan sos cili
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan direbus seperti ramuan sup ayam di atas sehingga ayam separuh empuk.
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 min. Bakar ayam dalam oven selama 20 min.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos, kisarkan semua bahan diatas. Dimasak selama 5 min.
  5. Untuk sup, air rebusan ayam didihkan bersama ubi kentang, bawang besar, garam, daun bawang dan daun sup tadi.
  6. Sos kicap boleh di gunakan air dari ayam yang diperap tadi atau di buat semula seperti sos kicap di atas.

No comments:

Post a Comment