Pages

Friday, June 5, 2015

Pulut Mangga Bersantan.



Pulut Mangga yang paling mudah dan ringkas. Pulut mangga adalah salah satu dessert orang Thailand yang popular. Mangga ranum dimakan dengan pulut dan santan sungguh menyelerakan.

Bahan-bahannya

1 biji mangga ranum
2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 sudu besar minyak masak (tak letak pun boleh)
1 helai daun pandan
sedikit garam

Sos santan
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu tepung jagung
1 sudu besar tepung beras ( tepung dicampur sedikit dengan air)
sedikit garam

Cara-caranya

Didalam rice cooker, masukkan beras pulut yang telah dibasuh, kemudian masukkan 2 cawan santan , 1 sudu minyak masak dan sedikit garam,ikat sehelai daun pandan ,tekan ON n biarkan sehingga masak.atau pun boleh mengukus beras pulut bersama 2 cawan santan dan garam selama 20-25 minit sehingga pulut lembut dan masak.

Kemudian buat sos santan pula, masukkan santan, bacuhan tepung beras, tepung jagung, garam dan gula, kacau sehingga santan pekat, angkat dan sejukkan.
kupas kulit mangga dan hiris kan mangga bentuk memanjang atau dadu mengikut selera masing2.

Cara penyediaan, masukkan pulut yang telah dimasak di dalam acuan atau pun boleh juga disenduk sahaja atas piring hidang, kemudian atur mangga di tepinya, akhir sekali curah sos santan, nikmati pulut mangga ini sebagai pencuci mulut. Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment