KUIH BUAH MELAKA / ONDE-ONDE
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 ketul gula melaka (dipotong kecil-kecil)
sedikit pewarna hijau (sekiranya mahu)
5 helai daun pandan (di blend dan diambil airnya 1 1/2 cawan)
Kelapa parut yang agak muda
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus
Masukkan tepung pulut dan tepung gandum didalam satu bekas. Gaulkan ia agar bercampur. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga ia boleh diuli. Jika ia keras tambahkan sedikit air lagi , dan jika ia terlalu lembik tambahkan sedikit tepung. Sementara itu rebukan air ke dalam periuk. Ambil sedikit, buatkan lubang sedikit dan masukkan gula melaka tadi, Tutupkan ia dan buatkan bulat-bulat. Masukkan kedalam air yang mendidih. Bila kuih dah masak ia akan timbul. Angkat dan gaulkan dengan kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam. Sedia untuk di hidangkan.

