Pages

Wednesday, January 22, 2014

Tauhu Sumbat dengan Sos Cili Berkacang



Resepi Tauhu Sumbat

6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang )
100 g taugeh – di celur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
Tauhu di potong 2 serong, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi. Hidangkan dengan sos cili berkacang.

Resepi Sos Cili berkacang

2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk
2-3 sudu makan cuka

Cara Penyediaan

Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dam masak hingga pekat sedikit,
Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.

No comments:

Post a Comment