Bahan-bahan
- 1 tin besar Sardin Marina
- 1 biji bawang besar, dihiris
- 2 ulas bawang putih, dihiris
- 5 biji cili padi
- 1 biji buah tomato, di potong dadu
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 biji perahan air limau nipis
- sedikit minyak
- sedikit air
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang besar , bawang putih dan cili padi
sehingga layu. Kemudian masukkan sardin, sedikit air, buah tomato, sos tomato, kicap manis, kicap masin , lada sulah dan perahan air limau nipis. Kacau sebentar dan angkat. Boleh dihidangkan bersama Roti Arab. Selamat Mencuba !